Sunday 18 October 2015

bubye... ( ZOO NEGARA )

PART 4 , Selepas da penat memusing dalam zoo ini , kami pon sudah selesai melukis beberapa binatang, Kesempatan yang ada ni.. akhirnya peluang kami semua bergambar terlebih dahulu sebelom meninggalkan zoo negara ini. saya tujukan beberapa keping gambar saya bersama 6 lagi sahabat saya . Ini lah muka2 penat kami sepanjang berada di dalam zoo tersebut selama 5 jam..




sekian saja lawatan ke ZOO NEGARA untuk hari ini.. kite bertemu kembali dengan post2 yang menarik pada hari yang seterusnya.. 

zoo negara

PART 3 , HAA... ade lagi cerita menarik mengenai cerite zoo negara ni..,, kami semua bersedia untuk masuk ke dalam zoo negara ini untuk melihat binatang yang terdapat dalam zoo negara tersebut.. kami semua masuk dalam zoo ini bukan sesaja nak berjalan tapi kami semua diberi tugasan oleh mr.m untuk melukis beberapa gambar binatang yang terdapat dalam zoo negara ini. maksimum lukisan paling banyak adalah 3 gambar. selepas penat meronda kawasan zoo tu.. saya terus memulakan aktiviti melukis untuk hari ini.. dibawah adalah beberapa lukisan yang telah siap dilukis oleh saya.. haha













15 OCT 2015 ( ZOO NEGARA )

PART 2 , HAA... bukan tu saje je yer kawan2.. ade lagi cerita menarik mengenai cerite zoo negara ni.., kawasan di dalam zoo negara ini amat strategik dan dibahagikan mengikut pelbagai jenis binatang. kawasannya juga amat luas.. Tidak disangkakan juga , pelbagai binatang yang terdapat di dalam zoo negara ini antaranya ialah harimau, burung, panda, badak sumbu dan sebagainya. Dibawah saya tujukan beberapa keping gambar binatang yang terdapat di zoo negara tersebut.






















Thursday 15 October 2015

15/10/2015 ( ZOO NEGARA)

PART 1 , hari ni merupakan hari khamis iaitu hari yang kami tunggu2 untuk berjalan dan berseronok.. umor 21 tahun baru fisrt time melangkahkan kaki ke sini.. Tempat yang kami kunjungi hari ni adalah zoo negara. Semua student pada awalnya berkumpul terlebih dahulu di kampus UNIKL pada pukul 10 pagi sebelom bertolak ke destinasi yang ingin kami tujui. Student yang terlibat mengikuti lawatan ini terdiri daripada student FIGURE DESIGN serta diikuti bersama student dari kelas yang diketui oleh Madam Nurul.

Masa yang diberikan adalah bermula dari pukul 11,00 pagi sehingga pukul 3.00 petang. Apabila tibanya di kawasan zoo negara, kami semua berkumpul terlebih dahulu di depan zoo negara sambil mendengar sedikit taklimat daripada lecture kesayangan kami iaitu MR.M. Tidak ketinggalan juga. lecture yang terlibat sama dalam lawatan ini adalah Sir Zaki..


taklimat dari mr.m dan sebelahnya ialah madam nurul

baju hijau tu sir zaki

student2 yang tengah fokus mendengar taklimat




Thursday 8 October 2015

KHAMIS 8/10/2015

Hai sume,, bertemu kembali kita pada blogger yang sama iaitu subjek FIGURE DESIGN. Hari ini kami kembali lagi belajar benda yang sama seperti hari minggu lepas iaitu melukis model.. tapi hari ini berbeza sikit seperti hari2 biasa sebabnya hari ini bila masok kelas MR.M je masing2 kene tunjuk charcoal dulu baru aktiviti melukis ini bermula.





For today, Masa yang diberi agak lama jugak laa lebih kurang 5 minit sampai 7 minit untuk satu lukisan. sempat ke x lain cite. yang penting sekarang ni lukisan yang lukis tuh kena laa OK kan.. baru sedap mata memandang. Tapi yang menarik rini, MR.M pon turut join sekali melukis. !! memang awesome kn.. !! kat bawah ni, saya nk tunjuk sikit hasil lukisan saya untuk hari ni punya.. Mohon jgn kejut sudah laa.. !!






ini sajalah yep untuk hari ini.. nak tahu perkembangan selanjutnya , sentiasalah jenguk2 blogger subjek figure ini.. babai kekawan.. !!!!!!

Wednesday 7 October 2015

JUMAAT, 2,10,2015


HELLO... HELLO... SEMUA

Pada 2/10/2015 , lukisan yang dilukis semase di Galeri petronas rituh akan dihantar dan didapatkan cop khas oleh MR.M. Dalam masa yang sama, semase menunggu giliran untuk dapatkan cop kami semua diberi tugasan untuk melukis satu karya seni yang dihasilkan oleh pelukis yang terkenal.. dibawah saya paparkan contoh gambar yang perlu dilukiskan.


Tugasan diberi adalah melukis gambar seperti diatas. ape yang penting kat sini, charcoal dan A3 adalah barang yang perlu ade untuk kami memulakan tugas melukis. lukisan yang harus dilukis hendaklah mengikut tips yang sama seperti lukisan yang dipaparkan. sebagai contoh, lukisan tuh kene ade shape, kene pandai mainkan warna gelap dan terang, dan banyak lagi laa...nak tgk hasil lukisan saya .. kat bawah nih saya tunjukkan.. MOHON jangan terkejut .. haha



Ini pulak gambar tak lain tak bukan.. air muka student kelas FIGURE.. masing2 tekun duk melukis dengan sepenuh perasaan jiwa raga. haha~~~





Thursday 1 October 2015

1/10/2015 KHAMIS

okay.. assalamualaikum semua.. Seperti biasa saya akan menceritakan tentang aktiviti yang akan dilakukan untuk hari ini, kami semua ditugaskan membuat satu ktiviti yang sama seperti minggu lepas, iaitu melukis beberapa orang model. Sebelom aktiviti melukis bermula, kami diberikan beberapa tips penting oleh Mr.M iaitu bagaimana cara yang mudah apabila melukiskan sesuatu objek pada sebuah lukisan.Setiap lukisan diberi masa yang berlainan.



 Gambaran diatas adalah sebuah gambar MR.M yang memberi tips bagaimana cara untuk melukis berpandukan model yang diberi. setelah beberapa tips diberi, mudah la sikit untuk kami semua melukis..


seperti biasa, hari ini MR.M mengajar kami, tetapi, hari ini MR.M datang ke kelas tanpa tidak topi.
MR.M datang lambat sebab mencari topi katanya..haha




Ini aksi-aksi pelajar yang mengambil subjek figure nih.. semua semangat penuh nak melukis..duduk ditepian dinding ramai-ramai.. haha