Sunday 20 September 2015

zaza here

Hai semua, selamat berkenalan, nama diberi Nor Masliza Binti Md Azahar, 21 tahun, saya berasal dari Kuala Terengganu dan menetap bersama keluarga di Kuantan, Pahang. saya merupakan seorang student di Universiti Kuala Lumpur. jurusan Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Computer Animation (BCAD). Saya merupakan pelajar semester 3. 

tujuan saya membuat blog ini khas untuk subjek FIGURE DESIGN. Subjek ini dipimpin oleh seorang lec yang diberi nama FAUZI NAEIM MOHAMED a.k.a MR.M. Blog ini memang kena buat kalu dop mr.m dop bagi mark. !! sekian saja untuk hari ini.. nantikan lagi perkembangan terbaru mengenai subjek ini.

Saturday 19 September 2015

sabtu 19/10/2015

Hai semua, seperti biasa hari ini saya muncul kembali untuk memaparkan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh subjek yg AWESOME ni pada hari ini.

Seperti biasa semua student menunggu kehadiran MR.M di KLCC pada jam 11.30 am. Hari ini juga, kami semua telah melawat ke sebuah tempat iaitu di Galeri Petronas di KLCC..




Galeri Petronas merupakan sebuah galeri yang disumbang khas oleh syarikat petronas secara percuma untuk mempamerkan hasil seni dari pelbagai negara untuk tontonan semua pengunjung.

Sebelum tugasan bermula, semua students telah diberi sedikit taklimat oleh pegawai yang bertugas disitu. beliau memberitahu serba sedikit tentang etika yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam galeri ini. beliau juga menceritakan tentang dari mana datangnya semua hasil seni yang terdapat didalam geleri ini.



setelah mendengar taklimat dari pegawai yang bertugas, kami juga turut mendengar sedikit penerangan daripada MR.M tentang tugasan yang perlu dilakukan sepanjang berada di sini.

kami telah diberi beberapa tugasan oleh MR.M untuk melukis beberapa hasil seni yang terdapat di sini selama 2 jam.


selepas itu, kami semua pun memasuki galeri itu, semasa memasuki galeri petronas iti, saya mendapati bahawa terdapat banyak hasil karya seni yang kelihatan simple tetapi sangat unik.

dibawah ada saya sertakan beberapa hasil seni yang terdapat di Galeri Petronas ini.


- vergine - 2
ink on paper
49x32cm
2006

vergine - 2
ink on paper
49x49cm
2006

no title
ink on paper
60x50cm
2006
   


setelah penat pusing2 didalam geleri ini, akhirnya saya telah memilih beberapa hasil seni yang terdapat situ untuk saya lukis dan menyempurnakan tugasan yang telsh diberikan oleh MR.M.

Dibawah ini adalah merupakan hasil lukisan yang telah dilukis oleh saya selama 2 jam berada di Galeri itu.








Vergine -1
oil on canvas
160x276cm
2012

Human Baptisms
Bronze with Gold Patina
260cm
2005 -2015


sebelum balik tu sempat lagi kami bergambar sebagai kenang kenangan..


ok la semua.. saya rasa saya berhaenti disini dahulu.. nanti kan perkembangan subjek yang AWESOME ini.. 

Friday 18 September 2015

Jumaat 18/10/2015

okay.. hari ni kita update lagi yang terbaru tentang kelas yg AWESOME ni..

hari ni seperti biasa..kelas bermula pukul 8.30 pagi.. tetapi atas sebab2 tertentu.. MR.M asih lagi tidak muncul2.. ada lah tu sebab dia kan.. lambat jugak la MR.M masok.. tapi xade la lewat sangat.. dalam pukul 9 pagi mcm tu la..

hari ni kita punya aktiviti just bagi link blog semua student subjek ni je..

MR.M bukak sorang2 punya blog.. nervous la sikit.. semua blog dia komen.. didalam blog mesti kena ade gambar my lec.. kalaw xada.. ANDA AKAN BERADA DIDALAM ZON TIDAK SELESA. 

almaklumlah.. lec kami semua ni kan comel.. berada ditahap puncak kecomelan katanya.. 

ini ada saya sertakan beberapa keping gambar sepanjang kelas hari ini..



dengar MR.M bercakap tentang blog  dulu.. tentang apa dia nak dalam blog ni.. sebab apa dia suruh buat blog ni.. apa fungsi blog ni dibuat.. macam2 lagi la yang si MR.M ni cakap.. 



kena tulis link blog dekat depan semua.. satu satu MR.M bukak blog.. siap bagi mark lagi tu..



ok la.. rasanya setakat tu je post untuk hari ini.. nanti kan post yang seterusnya.. tak lama.. minggu depan akan menyusul..



Thursday 17 September 2015

17 sept 2015

khamis..
sementara menunggu kehadiran lec kami MR.M...sempat lagi kami bergambar..





selepas lec sampai..
tugasan hari ini telah diberi..
jadi model macam org mati..
kami lukis semua dari hati..
jadi tak jadi tu tak tau lagi..

hahahaha....
 



Tugasan yang diberi untuk hari ini adalah melukis beberapa orang model yang dipilih oleh MR.M. Setiap model perlu melakukan pose yang berlainan oleh MR.M. Kami turut diberi masa yang berlainan untuk melukis setiap pose yang telah diberi. Lukisan akan dihasilkan adalah berpandukan gambaran model yang berada dihadapan. Setiap lukisan perlu difokuskan kepada beberapa bahagian antaranya lipatan tudung, jari jemari, labuci baju dan sebagainya.

gambaran dibawah merupakan beberapa hasil lukisan yang telah sempat saya lukiskan berpandukan masa yang telah diberikan.






Jumaat , 11 Sept 2015

inilah antara muka muka pelajar yang mengambil subject ini..

this is Figure Design Students in this sem..






Wednesday 16 September 2015

Jumaat , 11 sept 2015

Jumaat , 11/9/2015
Merupakan hari pertama kelas bagi subjek FIGURE DESIGN yang diajar oleh Encik Fauzi a.k.a Mr.M pada jam 8.30am-10.30am.




Inilah lecture kami.