Saturday, 19 September 2015

sabtu 19/10/2015

Hai semua, seperti biasa hari ini saya muncul kembali untuk memaparkan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh subjek yg AWESOME ni pada hari ini.

Seperti biasa semua student menunggu kehadiran MR.M di KLCC pada jam 11.30 am. Hari ini juga, kami semua telah melawat ke sebuah tempat iaitu di Galeri Petronas di KLCC..




Galeri Petronas merupakan sebuah galeri yang disumbang khas oleh syarikat petronas secara percuma untuk mempamerkan hasil seni dari pelbagai negara untuk tontonan semua pengunjung.

Sebelum tugasan bermula, semua students telah diberi sedikit taklimat oleh pegawai yang bertugas disitu. beliau memberitahu serba sedikit tentang etika yang perlu dipatuhi sepanjang berada di dalam galeri ini. beliau juga menceritakan tentang dari mana datangnya semua hasil seni yang terdapat didalam geleri ini.



setelah mendengar taklimat dari pegawai yang bertugas, kami juga turut mendengar sedikit penerangan daripada MR.M tentang tugasan yang perlu dilakukan sepanjang berada di sini.

kami telah diberi beberapa tugasan oleh MR.M untuk melukis beberapa hasil seni yang terdapat di sini selama 2 jam.


selepas itu, kami semua pun memasuki galeri itu, semasa memasuki galeri petronas iti, saya mendapati bahawa terdapat banyak hasil karya seni yang kelihatan simple tetapi sangat unik.

dibawah ada saya sertakan beberapa hasil seni yang terdapat di Galeri Petronas ini.


- vergine - 2
ink on paper
49x32cm
2006

vergine - 2
ink on paper
49x49cm
2006

no title
ink on paper
60x50cm
2006
   


setelah penat pusing2 didalam geleri ini, akhirnya saya telah memilih beberapa hasil seni yang terdapat situ untuk saya lukis dan menyempurnakan tugasan yang telsh diberikan oleh MR.M.

Dibawah ini adalah merupakan hasil lukisan yang telah dilukis oleh saya selama 2 jam berada di Galeri itu.








Vergine -1
oil on canvas
160x276cm
2012

Human Baptisms
Bronze with Gold Patina
260cm
2005 -2015


sebelum balik tu sempat lagi kami bergambar sebagai kenang kenangan..


ok la semua.. saya rasa saya berhaenti disini dahulu.. nanti kan perkembangan subjek yang AWESOME ini.. 

No comments:

Post a Comment